Tuesday, 12 May 2015

Tentang Pelaksanaan i-NILAM




    SMK Gum Gum tidak mempunyai waktu waktu spesifik untuk kelas NILAM. Namun, itu tidak menghalang murid daripada melaksanakan NILAM. NILAM akan diadakan waktu relief atau waktu luang sebagai contoh baru-baru ini sekolah mengadakan persediaan terakhir Sukan Sekolah pada waktu PdP selama 3 jam. Murid-murid yang tidak terlibat dengan acara melaksanakan NILAM. Pada waktu kelas relief pula, guru ganti akan membawa masuk murid ke PSS untuk membaca dan membuat sinopsis.

    Murid-murid SMK Gum Gum kebanyakannya menulis sinopsis dalam lembaran dan dimasukkan dalam fail. Hal ini kerana, masalah murid menghilangkan buku NILAM yang telah dibeli semasa Tingkatan Satu. Untuk pengetahuan, semua murid Tingkatan Satu yang baru mendaftar diwajibkan membeli buku NILAM. Oleh itu, GPM mengambil inisiatif bermula tahun 2015 ini untuk menyimpan buku NILAM murid di PSS sebagai langkah mengurangkan masalah kehilangan buku NILAM. Buku NILAM tersebut boleh dibawa oleh murid sekiranya pindah sekolah/telah tamat sekolah. Untuk pelaksanaan tahun 2015 ini, sinopsis dari buku NILAM dan lembaran NILAM diterima sebagai alternatif. Semoga pengurusan pelaksanaan NILAM bertambah baik dari tahun ke tahun, insha Allah.